Latest Blog Tricks

Thursday, August 18, 2011

KAMPUNGKU DALAM SEJARAH

Semasa kecil saya sering mengikuti sama ada ayah, nenek (biasa panggil tok) melalui Rubana Estet di Hilir Perak. Kami pasti melalui kawasan ladang tersebut untuk sampai ke Bandar Teluk Intan dengan menaiki basikal atau motosikal. Jalan estet ini menjadi laluan penting penduduk kampung ke bandar. Daripada sumber mana estet tersebut mendapat nama; saya pun kurang pasti. Namun kampung kelahiran saya memang Kampung Sungai Rubana. Estet ini dibuka sejak zaman pemerintahan British lagi. Rasanya orang Melayu belum berkemampuan membuka ladang seluas itu pada masa tersebut. Lebih menarik lagi banyak kampung yang terdapat berhampiran ladang tersebut seperti Kampung Sungai Rusa, Kampung Sungai Durian, Kampung Lubok Keli dan sebagainya. Namun, Rubana (mungkin berkaitan dengan kampung saya) telah digunakan bagi estet tersebut. Melalui carian internet, saya menjumpai keratan akhbar lama bertarikh 17 November 1922 (The Straits Times) menyelitkan nama Rubana Rubber Estates iaitu laporan mesyuarat tahunan estet berkenaan. Saya tidak dapat membuat alih bahasa artikel berkenaan buat masa ini kerana kesuntukan masa. Sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut, bolehlah melayari laman sesawang berkenaan.

0 comments:

Post a Comment