Latest Blog Tricks

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Thursday, August 18, 2011

KAMPUNGKU DALAM SEJARAH

Semasa kecil saya sering mengikuti sama ada ayah, nenek (biasa panggil tok) melalui Rubana Estet di Hilir Perak. Kami pasti melalui kawasan ladang tersebut untuk sampai ke Bandar Teluk Intan dengan menaiki basikal atau motosikal. Jalan estet ini menjadi laluan penting penduduk kampung ke bandar. Daripada sumber mana estet tersebut mendapat nama; saya pun kurang pasti. Namun kampung kelahiran saya memang Kampung Sungai Rubana. Estet ini dibuka sejak zaman pemerintahan British lagi. Rasanya orang Melayu belum berkemampuan membuka ladang seluas itu pada masa tersebut. Lebih menarik lagi banyak kampung yang terdapat berhampiran ladang tersebut seperti Kampung Sungai Rusa, Kampung Sungai Durian, Kampung Lubok Keli dan sebagainya. Namun, Rubana (mungkin berkaitan dengan kampung saya) telah digunakan bagi estet tersebut. Melalui carian internet, saya menjumpai keratan akhbar lama bertarikh 17 November 1922 (The Straits Times) menyelitkan nama Rubana Rubber Estates iaitu laporan mesyuarat tahunan estet berkenaan. Saya tidak dapat membuat alih bahasa artikel berkenaan buat masa ini kerana kesuntukan masa. Sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut, bolehlah melayari laman sesawang berkenaan.

Thursday, February 11, 2010

TERIMA KASIH, CIKGU


SK Sungai Rusa terletak dalam Daerah Hilir Perak. Bandar yang terhampir ialah Bandar Teluk Intan. Di sinilah aku mula mengenal huruf dan angka. Di sinilah aku mula mengeja, membaca dan mengira. Nama-nama seperti Cikgu Razak, Cikgu Hussin, Cikgu Abu Bakar, Cikgu Adnan, Cikgu Shaarani, Ustaz saruji dan lain-lain lagi masih aku ingati wajahnya dan jasa mereka mendidik kami warga kampung di sekitar sekolah tersebut. Terima kasih cikgu kerana mengajar saya....

Kini aku juga telah bergelar seorang guru dan meneruskan perjuangan guru-guru terdahulu untuk terus menabur bakti kepada anak bangsa. Aku bangga menjadi bekas pelajar sekolah ini. Kepada rakan-rakan yang mengenali diriku, kenanglah bersama memori kita di sekolah ini. Kenangan lalu di sekolah ini sukar dilupakan. Antara kenangan itu ialah saat ketika hujan lebat turun, maka kita tidak dapat belajar dengan tenang kerana bunyi bising titisan hujan yang menimpa atap zink sekolah; sungguh membingitkan telinga. Selepas hujan pula, kelihatan anak-anak ikan berenang dalam longkang sekolah hingga menarik minat murid-murid untuk menangkapnya selepas habis sesi persekolahan. Begitulah indahnya sekolahku........

Saturday, July 25, 2009

Sungai Rubana : Di sini Aku Bermula.



Kampung Sungai Rubana terletak di Mukim Sungai Durian, Teluk Intan, Perak. Kegiatan harian penduduk adalah berkaitan perikanan dan pertanian. Menurut cerita orang tua-tua, kampung ini mendapat namanya apabila peneroka kampung ini terdengar bunyi rebana ketika membuka kampung ini. Terdapat juga cerita, ada penduduk yang pernah menjumpai rebana hanyut di sungai berhampiran.

Di sinilah aku dilahirkan. Zaman kanak-kanakku penuh dengan pengalaman seperti memancing udang galah, mengopek buah kelapa, meraut lidi nipah dan pelbagai lagi pengalaman yang tidak dapat aku lupakan. Suatu ketika lalu sungai kampung ini memiliki banyak udang galah. Namun beberapa tahun lalu didapati jumlah ini semakin berkurangan mungkin akibat pencemaran sungai yang bersambung dengan Sungai Perak.

Kampung Sungai Rubana mempunyai kemudahan asas yang mencukupi seperti masjid, kemudahan bekalan air dan elektrik. Kampung ini dihuni oleh majoriti penduduk Melayu dan terdapat juga penduduk berketurunan Cina. Sekolah yang berhampiran ialah Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa dan di situlah aku mula mengenali huruf dan angka.

Kini, setelah beberapa lam aku meninggalkan kampung ini kenangan lalu tidak luput dari ingatanku. Semoga Sungai Rubana akan terus melahirkan generasi yang hebat dan berguna kepada agama, bangsa dan negara.