Home »
» KAMPUNGKU DALAM SEJARAH
Semasa kecil saya sering mengikuti sama ada ayah, nenek (biasa panggil tok) melalui Rubana Estet di Hilir Perak. Kami pasti melalui kawasan ladang tersebut untuk sampai ke Bandar Teluk Intan dengan menaiki basikal atau motosikal. Jalan estet ini menjadi laluan penting penduduk kampung ke bandar. Daripada sumber mana estet tersebut mendapat nama; saya pun kurang pasti. Namun kampung kelahiran saya memang Kampung Sungai Rubana. Estet ini dibuka sejak zaman pemerintahan British lagi. Rasanya orang Melayu belum berkemampuan membuka ladang seluas itu pada masa tersebut. Lebih menarik lagi banyak kampung yang terdapat berhampiran ladang tersebut seperti Kampung Sungai Rusa, Kampung Sungai Durian, Kampung Lubok Keli dan sebagainya. Namun, Rubana (mungkin berkaitan dengan kampung saya) telah digunakan bagi estet tersebut. Melalui carian internet, saya menjumpai keratan akhbar lama bertarikh 17 November 1922 (The Straits Times) menyelitkan nama Rubana Rubber Estates iaitu laporan mesyuarat tahunan estet berkenaan. Saya tidak dapat membuat alih bahasa artikel berkenaan buat masa ini kerana kesuntukan masa. Sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut, bolehlah melayari laman sesawang berkenaan.
Related Posts:
Sungai Rubana : Di sini Aku Bermula.Kampung Sungai Rubana terletak di Mukim Sungai Durian, Teluk Intan, Perak. Kegiatan harian penduduk adalah berkaitan perikanan dan pertanian. Menurut … Read More
TERIMA KASIH, CIKGUSK Sungai Rusa terletak dalam Daerah Hilir Perak. Bandar yang terhampir ialah Bandar Teluk Intan. Di sinilah aku mula mengenal huruf dan angka. Di sin… Read More
KAMPUNGKU DALAM SEJARAH Semasa kecil saya sering mengikuti sama ada ayah, nenek (biasa panggil tok) melalui Rubana Estet di Hilir Perak. Kami pasti melalui kawasan ladang te… Read More
0 comments:
Post a Comment